Penulisan/Kitab

Isnin, 13 Ogos 2012


Karya-Karya Beliau
Dia menulis mengenai tafsir al-Qur’an, sebuah kitab besar yang terdiri dari 20 jilid, yang diberinya judul: “Al-Jami’ liahkam al-Qur’an wa al-Mubayyin Lima Tadhammanahu Min as-Sunnah wa Ayi al-Furqan”. Kitab ini merupakan salah satu tafsir terbesar dan terbanyak manfaatnya. Penulis tidak mencantumkan kisah-kisah atau sejarah, dan sebagai gantinya, penulis menetapkan hukum-hukum al-Qur’an, melakukan istimbath atas dalil-dalil, menyebutkan berbagai macam qira’at, I’rab, nasikh, dan mansukh.
- Al-Asna fi Syarh Asma’illaj al-Husna
- At-Tidzkar fi Afdhal al-Adzkar
- Syar at-Taqashshi
- Qam’ al-Hirsh bi az-Zuhd wa al-Qana’ah
- At-Taqrib likitab at-Tamhid
- Al-I’lam biima fi Din an-Nashara min al-Mafasid wa al-Auham wa Izhharm Mahasin Din al-Islam
- At-Tadzkirah fi Ahwal al-Mauta wa umur al-Akhirah (edisi Indonesia: Buku Pintar Alam Akhirat)

Perbezaan Pandangan Berkenaan dengan Hadith Pelepah Tamar diletakkan di Kubur

Isnin, 23 Julai 2012

Sebelum pergi lebih jauh perlu sekali kita mengingatkan usul yang dikemukakan oleh al-Qur`an dalam masalah khilafiah. Allah s.w.t. berfirman:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (al-Nisa’: 59)


Pendapat Imam Qurtubi berdaasarkan kitab Al-Jami' li Ahkam Al-Quran atau dikenali sebagai "Tafsir al-Qurtubi".

Ulama berkhilaf berkenaan dengan tindakan Nabi SAW yang memacak pelepah tamar yang masih basah pada kubur. Ada ulama menyatakan, ianya adalah khususiyyat Rasulullah SAW. sebilangan ulama yang lain pula menyatakan, ianya adalah perbuatan Rasulullah SAW yang merupakan syariat umum yang boleh diamalkan oleh umat selepas dari itu[1].

Antara ulama yang menyatakan tindakan Nabi SAW itu merupakan syariat umum yang boleh diamalkan oleh umat selepas nabi adalah Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya yang bertajuk “Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran” atau dikenali sebagai “Tafsir Al-Qurtubi”. Pengakuan Imam Al-Qurtubi tersebut bukan sekadar menyatakan bahawa perbuatan itu boleh diamalkan bahkan beliau menyatakan juga;

اذا خفف عنهم بالأشجار فكيف بقراءة الرجل المؤمن القرآن

Maksudnya;
“Apabila di ringankan (azab) daripada mereka dengan pokok-pokok, maka bagaimana dengan bacaan Al-Quran dari lelaki yang mukmin?[2]

SEMUA BENDA BERTASBIH?

Firman Allah;

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Maksudnya;
“langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun”

(Surah Al-Isra’ : 44)

Golongan yang menyatakan pelepah tamar yang basah itu tidak dapat mengurangkan azab si mati adalah bersebab dengan khususiyyat Rasulullah SAW menyatakan bahawa, firman Allah ini adalah pembuktian bahawa, tidak semestinya dengan pacak pelepah tamar sahaja, bahkan memadai dengan tanah dan pasir-pasir untuk bertasbih.

Adapun mengikut pandangan Al-Qurtubi, benda yang bertasbih adalah benda yang “jenis hidup” dan “jenis berkembang”. Adapun benda yang berbentuk “jamad” atau "benda yang mati atau keras”, maka ianya tidak bertasbih.

Oleh itu, Al-Qurtubi menyatakan bahawa, dengan hadis pelepah tamar dengan kata Nabi SAW;

لَعَلَّهُ يُخَفِّف عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا

Maksudnya;
“Mudah-mudahan diringankan dari kedua-duanya selama ianya belum kering”

dari hadis ini, Imam Al-Qurtubi menyatakan, hadis ini merupakan isyarat, selama ianya basah, maka ia akan bertasbih, dan sekiranya ia sudah kering, maka jadilah dia sebagai “jamad” (tidak bertasbih)[3]


Pendapat Ulama' Mutakhirin (
al-Maziri, Qadhi Iyadh, al-Khattabi, al-Tartusyi, Yusuf al-Binori, Taqi Uthmani dan lain-lain)

Sesetengah ulama berhujah bahawa bacaan al-Qur`an dan pahalanya sampai kepada si mati berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Iaitu hadis baginda memacakkan pelepah tamar di atas dua buah kubur.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أَوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا

“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: “benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.”

Hadis ini menerangkan Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat melalui dekat dua kuburan lalu Allah s.w.t. mewahyukan kepada baginda tentang keadaan kedua-duanya yang sedang diazab. Satunya, kerana tidak menjaga kebersihan semasa buang air dan satu lagi kerana mengadu domba dan mencetuskan permusuhan. Baginda memberitahu kepada umatnya sebagai membari amaran dan peringatan tentang kedua-dua bentuk kesalahan ini. Dengan rasa belas kasihan, baginda menyuruh sahabat mengambil pelepah tamar kemudian dipacakkan di atas dua kuburan itu sebagai syafaat baginda untuk umatnya.

Di dalam satu hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Jabir, Imam Muslim meriwayatkan:
قَالَ إِنِّي مَرَرْتُ بِقَبْرَيْنِ يُعَذَّبَانِ فَأَحْبَبْتُ بِشَفَاعَتِي أَنْ يُرَفَّهَ عَنْهُمَا مَا دَامَ الْغُصْنَانِ رَطْبَيْنِ
Rasulullah s.a.w. bersabda” “Sesungguhnya aku lalu dekat dua buah kubur yang diseksa maka aku mahu ia diberikankansyafaatku agar dihindarkan daripada kedua-duanya selagi dua ranting itu tidak kering.” (Muslim, no: 3013)

Hadis ini jelas menunjukkan sebab Rasulullah s.a.w. meletakkan ranting di atas kubur iaitu sebagai syafaat dan doanya bukan menghadiahkan pahala kepada mayat di dalamnya. Apa yang jelas ialah baginda memohon ampun bagi pihak penghuninya. Sama ada peristiwa ini adalah sama dengan peristiwa hadis Ibn Abbas atau tidak, kedua-duanya mempunyai ‘illah hukum atau sebab hukum yang sama.

Peristiwa ini adalah peristiwa khusus yang tidak boleh hendak diqiyaskan kerana hikmatnya dan sebabnya tidak dapat difikirkan kerana berkait dengan doa Rasulullah s.a.w. dan tambahan pula ia adalah perkara ghaib, yakni kedua-duanya itu sedang diazab dalam kubur. Oleh kerana itu, baginda tidak melakukannya kecuali untuk dua kubur ini sahaja. Perbuatan sahabat bertanya menunjukkan bahawa ini tidak pernah dilakukan sebelum ini dan tidak pula diperintahkan supaya diikuti oleh para sahabat. Ini menunjukkan bahawa perbuatan ini khusus kepada baginda sebagai doa dan syafaat nabi untuk umatnya.

Al-Khattabi, seorang ulama hadis yang terkenal ketika menghuraikan hadis ini di dalam kitabnya Ma’alim al-Sunan Syarh Sunan Abi Daud menyebutkan: “Kata-kata Rasulullah s.a.w. “semoga ia meringankan untuk mereka berdua” itu adalah dari sudut memperolehi keberkatan daripada kesan Rasulullah s.a.w. dan doa baginda supaya diringankan azab daripada mereka berdua. Seolah-olah baginda menjadikan tempoh lembabnya pelepah itu sebagai had kepada doa keringanan azab itu daripada mereka berdua bukan kerana pelepah yang basah itu mempunyai makna yang tidak terdapat pada pelepah yang kering. Orang ramai di kebanyakan negeri menghamparkan daun tamar di atas kubur-kubur dan saya berpendapat bahawa perbuatan mereka itu tidak mempunyai satu dalilpun. Wa Allah A’lam.

Nukilan daripada al-Khattabi menegaskan bahawa dalam masalah ini tidak boleh dilakukan sebarang qiyas. Untuk mengatakan kelembapan atau segarnya dahan atau pelapah tamar itu sebagai sebab ringan azab, adalah sesuatu yang tidak jelas dan tidak konsisten. Dengan itu, ia tidak memenuhi syarat ‘illah hukum. Sekiranya perkara ini dapat dijadikan ‘illah pasti semua mayat yang dikebumikan di bawan rimbunan pokok atau dipenuhi dengan batu-batu akan memperolehi faedah yang besar kerana semua itu tetap terus berzikir untuknya walaupun dia tidak beriman dan tidak pernah beramal soleh. Tentu sekali tidak ada yang berpendapat demikian.

Oleh kerana itu, menjadikan pelepah tamar basah yang bertasbih sebagai asas qiyas untuk memacak ranting pokok, menabur bunga dan meletakkan batu-batu di atas kubur adalah kesimpulan hukum yang tidak menepati prinsipnya kerana tidak memenuhi syarat ‘illah dan berlaku qiyas ma’a al-Fariq (qiyas dua perkara yang tidak serupa). Mereka yang mengqiyaskan bacaan al-Qur`an dapat memberikan pahala ke si mati menggunakan qiyas ini dengan alasan bacaan al-Qur`an itu lebih mulia dari tasbih daripada pelapah tamar itu. Sedangkan pelepah yang tamar yang diletakkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan doa dan syafa’at baginda bukan kerana sifat lembab dan basah yang ada padanya. Jauh sekali untuk dikatakan sebagai menyampaikan pahala kepada si mati.

Menyalahgunakan kaedah qiyas dan meluaskan pemakaiannya dalam masalah ini tidak akan memberikan apa-apa manfaat melainkan hanya menimbulkan pelbagai jenis bid’ah dan khurafat dalam masyarakat. Atas alasan qiyas, orang ramai meletakkan bunga-bunga di atas kubur serta menyirami dengan air mawar. Apabila mereka merasakan kesegaran pelepah tamar dan bunga itu tidak berpanjangan lalu mereka menanam pokok bunga di atas kubur serta menghias pula dengan anak-anak batu. Tujuannya tidak lain kerana menyangka semuanya itu akan memberi manfaat kepada si mati. Padahal hanya iman dan amal sahaja yang berguna. Disedari ataupun tidak, mereka telah menyerupai amalan Kristian dalam upacara kematian mereka!

Selain itu, mengkhususkan benda hidup sahaja bertasbih adalah tidak tepat kerana segala yang ada di langit dan di bumi, semuanya bertasbih dan menyebut-nyebut nama Allah sama ada ianya lembab atau kering.

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (al-Isra`: 44)

Ayat ini menunjukkan bahawa segala sesuatu itu bertasbih, dan semuanya itu bertasbih bagi Allah dan memuji-muji kebesaran-Nya bukannya mengucapkan tasbih untuk orang yang meninggal dunia. Ini bermakna, segala makhluk yang bertasbih tidak ada kaitan dengan manusia yang telah meninggal dunia.

Mengapa Rasulullah s.a.w. memacak pelepah tamar di dua buah kubur itu sedangkan batu-batu, tanah dan pasir yang ada di situ juga bertasbih kepada Allah. Jawabnya ini adalah syafa’at dan doa baginda. Inilah sebabnya mengapa tidak memacakkan kepada kubur-kubur yang lain.

Jesteru, kita mengatakan, sebagai umat Rasulullah s.a.w.,  kita hanya perlu meminta ampun dan berdoa untuk mayat sebagimana yang diajarkan oleh baginda dalam hadis-hadis yang lain tanpa perlu melampaui petunjuk baginda. Bahaya paling besar apabila meninggalkan sunnah ialah terjerumusnya kita dalam bid’ah. Ini kerana tidak ada satupun riwayat yang sahih menyuruh kita menghadiahkan pahala kepada orang yang meninggal dunia dan tidak dilakukan oleh generasi sahabat dan tabi’in.

Kesimpulannya, hukum ini tidak umum dan tidak boleh diqiyaskan kepada kes orang lain. Begitu juga tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa sahabat-sahabat lain ada melakukannya kecuali yang apa diriwayatkan daripada Buraidah bin al-Husaib bahawa beliau mewasiatkan supaya meletakkan dua pelepah tamar di atas kuburnya.

Perbuatan Buraidah ini tidak boleh dijadikan hujah kerana alasan-alasan berikut. Pertama, ini adalah pendapat peribadi beliau dalam keadaan sahabat-sahabat yang utama tidak melakukannya dan hanya beliau sahaja.

Kedua, beliau melakukan ini hanya semata-mata untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. yang pernah melakukan begitu. Ikutan ini dinamakan sebagai ittiba’ suri iaitu mengikuti sunnah secara zahir bukan sunnah yang disyariatkan.

Sheikh Muhammad Tahir berkata: “Adapun perkara yang berlaku berhubung seorang sahabat secara jarang-jarang atau tidak biasa dan tidak diketahui oleh kebanyakan mereka, maka perbuatan itu sama ada berdasarkan kepada ijtihad peribadi atau hadis yang didengarinya (dan diketahuinya) itu kemudian telah mansukh dalam keadaan dia tidak mengetahuinya. Sesungguhnya ittiba’ atau ikutan yang diperintahkan ialah sahabat dengan lafaz jamak iaitu ashab yang disandarkan kepada kata nama khas yag menunjukkan keumuman yang sebenar, yakni semua sekali atau keumuman menurut adat iaitu kebanyakan sahabat mana kala yang lain berdiam diri. Begitu juga lafaz qarni (kurunku) bermaksud perkara yang tersebar di kurun tersebut.”

Ketiga, Buraidah tidak pernah berniat berbuat demikian untuk melepaskan diri dari azab kubur, kerana sebagai sahabat yang pernah menyertai Bai’ah Ridwan, beliau meyakini hanya iman dan amalan soleh sahaja yang dapat menolong seseorang menyelamatkan diri dari azab Allah.

Keempat, Imam al-Bukhari yang menukilkan athar Buraidah menyebutkannya di dalam tajuk hadis kemudian mengemukakan athar daripada Ibn ‘Umar bahawa beliau melihat sebuah khemah di atas kubur ‘Abdul Rahman bin Abu Bakar al-Siddiq lalu memerintahkan supaya ianya dicabut dan berkata: “Sebenarnya yang melindunginya adalah amalannya.” Dengan ini difahami bahawa al-Bukhari berpendapat tindakan Buraidah itu tidak boleh dijadikan hujah kerana Ibn ‘Umar tidak sependapat dengannya dan beliau seorang sahabat yang cukup mendalam ilmunya tentang sunnah Rasulullah s.a.w.. Oleh itu, pendapat sahabat yang lebih berilmu dan paling beriltizam dengan sunnah harus diutamakan daripada yang lain. Al-‘Aini menyatakan bahawa tujuan Imam al-Bukhari mengemukakan athar daripada Ibn ‘Umar untuk menyatakan perbuatan Rasulullah s.a.w. memacakkan pelapah tamar adalah khusus dengan kedua-dua kubur itu tidak yang lain.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada dua kubur merupakan isyarat dan alamat kepada doa dan syafa’at baginda sebagaimana berlaku doa baginda kepada Abu Hurairah supaya mempunyai ingatan yang kuat dengan selendang yang dilipat kemudian diletakkan di dadanya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أَسْمَعُ مِنْكَ حَدِيثًا كَثِيرًا أَنْسَاهُ قَالَ ابْسُطْ رِدَاءَكَ فَبَسَطْتُهُ قَالَ فَغَرَفَ بِيَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ ضُمَّهُ فَضَمَمْتُهُ فَمَا نَسِيتُ شَيْئًا بَعْدَهُ

Daripada Abu Hurairah katanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya banyak mendengar hadis daripada tuan tetapi saya terlupa. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bentangkanlah selendangmu. Lalu saya membentangkannya kemudian baginda mencebok dengan tangannya pada selendang itu kemudian bersabda: “Dakapkanlah. Lalu saya mendakapkannya dan selepas itu saya tidak terlupa walaupun satu hadis.

Begitu juga baginda berdoa untuk Mahmud bin al-Rubayyi’ dengan cara berkumur kemudian menghembuskan kumuran itu sebagai keberkatan daripada baginda.

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ الرَّبِيعِ قَالَ عَقَلْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَجَّةً مَجَّهَا فِي وَجْهِي وَأَنَا ابْنُ خَمْسِ سِنِينَ مِنْ دَلْوٍ

Daripada Mahmud bin al-Rubayyi` katanya: “Saya masih lagi ingat semburan Rasulullah s.a.w. ke muka saya dari bekas air ketika saya berumur lima tahun.”

Doa yang disertakan ‘sentuhan’ tangan Rasulullah s.a.w. mempunyai kesan yang sangat mendalam kepada para sahabat dan ini tidak lain menunjukkan perkara ini khusus dengan baginda. Jika diteliti dalam kitab-kitab hadis tentu banyak lagi peristiwa yang sama ditemui.


Perdebatan dikalangan ulama dalam menyatakan hukum adalah perkara lumrah dalam pengajian Fiqh. Kekhilafan bukanlah sebagai modal bagi kita untuk kita berpecah atau kita melupakan tugasan kita yang paling utama.

Begitulah halnya berlaku dalam perkara khilafiyyah dalam “mengistidlalkan” hukum pacak pelepah tamar ini. Mungkin ada dakwaan menyatakan, kaedah qiyas yang digunakan oleh Imam Al-Qurtubi adalah salah, yang ianya dikira sebagai qiyas ma’a Al-Fariq

Sumber :-

Audio Pembelajaran Kitab Ringkasan Tazkirah Imam al-Qurtubi

Ahad, 22 Julai 2012




Penceramah : Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Tajuk : Kitab Ringkasan Tazkirah Imam al-Qurtubi
Tarikh : 10.6.2012
Tempat : Surau an Nur Bandar Baru Bangi


الجامع لأحكام القرآن

Isnin, 16 Julai 2012

Tidak asing bagi ilmuan Hadith apabila mendengar kitab masyhur yang bernama al-Jami' li Ahkam al-Quran. Beberapa karya lain yang dihasilkan oleh Imam al-Qurtubi adalah :
1)   al-Asna fi Syarh Asma Allah al-Husna,
2)   Kitab al-Tazkirah bi Umar al-Akhirah,
3)   Syarah al-Taqassi
4)   Kitab al-tizkar fi Afdal al-Azkar
5)   Qamh al-Haris bi al-Zuhd wa al-Qana'ah
6)   Ariuzah Jumi'a fiha Asma al-Nabi.

Untuk kali ini, berdasarkan kitab-kitab yang dihasilkan oleh Imam al-Qurtubi, penulis ingin berkongsi bersama pembaca blog ini salah satu kitab yang paling terkenal iaitu al-Jami' li Ahkam al-Quran dalam bentuk PDF. InsyaAllah pada masa akan datang penulis akan kogsikan bersama pembaca tercinta berkenaan dengan kitab-kitab muktabar lain yang ditulis oleh peribadi yang disegani iaitu Imam al-Qurtubi.

 http://www.mfahadkhan.com/tafsir-qurtubi-%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%A7%D9%85%D8%B9-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%AD%D9%83%D8%A7%D9%85-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%B1%D8%A2%D9%86/

ANALISIS KITAB TAFSIR JAMI' LI AHKAM AL-QURAN OLEH IMAM AL-QURTUBI

Isnin, 9 Julai 2012



Berdasarkan post yang akan penulis posting kali ini adalah berkenaan analisis kitab Tafsir Jami' li Ahkam al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi. Berdasarkan ilmu yang langsung tidak boleh dibangga kan penulis bukan orang yang layak sebenarnya untuk menceritakan peribadi yang disegani iaitu Imam Al-Qurtubi tetapi penulis akan memberikan link yang akan membantu para pembaca mengetahui sebahagian metodologi penulisan Tafsir Jami' li Ahkam al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi.

Sebelum penulis memaparkan link tersebut, penulis mengucapkan setinggi penghargaaan kepada sebahagian pelajar Universiti Malaya iaitu saudara Mohd Nazrul bin Katek, saudara Muhamad Azrin bin Shahrim, saudara Mohd Saiful Azli bin Mad Ali, saudara Amirul Hamzah bin Arbain dan saudara Ahmad Syakir bin Ibrahim kerana sudi berkongsi hasil kajian mereka ini. Semoga usaha kalian diberkati Allah.

Ingin juga penulis menceritakan serba sedikit berkenaan hasil kajian yang dilakukan oleh saudara kita tadi iaitu pembaca akan mengetahui serba sedikit berkenaan :-


(1)     Bibiografi Imam Al-Qurtubi
(2)     Latar belakang Tafsir Jami' li Ahkam al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi
(3)     Metodologi Penulisan, Corak Pentafsiran dan Penyusunan Kitab Tafsir Jami' li Ahkam al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi
(4)     Sumber Penulisan dalam Penghasilan Tafsir
(5)     Analisis Sebahagian Pentafsiran Ayat 
(6)     Sumbangan Imam Al-Qurtubi
(7)     Keistimewaan dan Sumbangan Tafsir Jami' li Ahkam al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi


Suka penulis meminjam kata-kata yang terdapat dalam kajian yang dilakukan oleh saudara kita ini yang memetik pesanan Imam As-Syafie kepada penuntut ilmu : 


Barang siapa yang belajar ilmu Al-Quran, maka harga dirinya menjadi mulia.
Barang siapa yang belajar fiqh, maka menjadi cerdik daya nalarnya.
Barang siapa yang belajar ilmu bahasa, maka tabiatnya menjadi lunak.
Barang siapa yang belajar ilmu matematik, maka akan banyak ra'yi(pendapat logik)nya.
Barang siapa yang menulis hadith, maka hujjahnya menjadi kuat.
Barang siapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidak bermanfaat ilmunya.


Justeru dengan wujudnya kitab tafsir akan membuka ruang kepada kita untuk mengenali dan memahami Al-Quran dengan lebih baik dan dapat mengetahui maksud-maksud tersirat dan tersurat yang terkandung dalam Al-Quran.


http://www.scribd.com/doc/54781904/JamiAhkam


Seperti yang dijanjikan tersebut adalah link yang layak diberi penghargaan dan semoga perkongsisan ilmu sebegini menjadi manfaat kepada kita dan seluruh umat Islam. Amin.

Wallahua'lam.

Biografi Imam Al-Qurthubi (Ulama Besar dari Spanyol)

Isnin, 2 Julai 2012

Nama dan asal beliau

Beliau adalah Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakr bin Farh al-Anshari al-Khazraji al-Andalusi al-Qurthubi, seorang ahli tafsir dari Cordova (sekarang bernama Spanyol). Ia berkelana ke negeri timur dan menetap di kediaman Abu Khusaib (di selatan Asyut, Mesir). Dia salah seorang hamba Allah yang soleh dan ulama yang arif, wara’ dan zuhud di dunia, yang sibuk dirinya dengan urusan akhirat. Waktunya dihabiskan untuk memberikan bimbingan, beribadah dan menulis.

Karya-Karya Beliau
Dia menulis mengenai tafsir al-Qur’an, sebuah kitab besar yang terdiri dari 20 jilid, yang diberinya judul: “Al-Jami’ liahkam al-Qur’an wa al-Mubayyin Lima Tadhammanahu Min as-Sunnah wa Ayi al-Furqan”. Kitab ini merupakan salah satu tafsir terbesar dan terbanyak manfaatnya. Penulis tidak mencantumkan kisah-kisah atau sejarah, dan sebagai gantinya, penulis menetapkan hukum-hukum al-Qur’an, melakukan istimbath atas dalil-dalil, menyebutkan berbagai macam qira’at, I’rab, nasikh, dan mansukh.
- Al-Asna fi Syarh Asma’illaj al-Husna
- At-Tidzkar fi Afdhal al-Adzkar
- Syar at-Taqashshi
- Qam’ al-Hirsh bi az-Zuhd wa al-Qana’ah
- At-Taqrib likitab at-Tamhid
- Al-I’lam biima fi Din an-Nashara min al-Mafasid wa al-Auham wa Izhharm Mahasin Din al-Islam
- At-Tadzkirah fi Ahwal al-Mauta wa umur al-Akhirah (edisi Indonesia: Buku Pintar Alam Akhirat)

Guru-Guru Beliau
Beliau mendengar pelajaran dari Syeikh Abu al-Abbas Ahmad bin Umar al-Qurthubi dan meriwayatkan dari al-Hafizh Abu Ali al-Hasan bin Muhammad bin Hafsh dan sebagainya.
Beliau tinggal di kediaman Abu al-Hushaib.

Wafat Beliau
Imam Abu Abdillah Al-Qurthubi meninggal dunia dan dimakamkan di Mesir iaitu dikediaman Abu al-Hushaib, pada malam isnin, tanggal 09 Syawal tahun 671 H. semoga Allah merahmati dan meredhai beliau.

Sumber:
- Al-A’lam karya Az-Zirikli, 5/322.
- Hadiyyatul ‘Arifin, karya Al-Babani, 2/129.
http://alsofwah.or.id/?pilih=lihattokoh&id=147

MENGKAFIRKAN PUAK MUJASSIMAH

Selasa, 19 Jun 2012



Al-Imam Abu ^AbdiLlah Muhammad ibn Ahmad ibn Farah al-Qurtubi al-Andalusi (w. 671 H) berkata dalam kitab beliau al-Tidhkar fi Afdalil-Adhkar[1]:
كذلك يستحيل على الله أن يكون في السماء أو في الأرض إذ لو كان في شيء لكان محصورا أو محدودا، ولو كان ذلك لكان محدثا، وهذا مذهب أهل الحق والتحقيق، وعلى هذه القاعدة قوله تعالى: ( أأمنتم من في السماء ) وقوله عليه السلام للجارية: ( أين الله؟ ) قالت: في السماء فلم ينكر عليها، وما كان مثله ليس على ظاهره بل هو مؤول تأويلات صحيحة قد أبداها كثير من أهل العلم في كتبهم، وقد بسطنا القول في هذا بكتاب الأسنى في شرح أسماء الله الحسنى وصفاته العلى عند قوله تعالى: ( الرحمن على العرش استوى ). اهـ
Maknanya: “Demikian itu mustahil Allah berada di langit atau di bumi kerana jika Allah berada di sesuatu nescaya Dia adalah suatu yang terbatas atau terhad, dan jika begitu nescaya Dia adalah suatu yang baharu. Ini mazhab Ahlul-Haqq dan tahqiq [Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah]. Dan berdasarkan kaedah ini, firman Allah ta^ala: أأمنتم من في السماء [ayat 16 dan 17: surah al-Mulk], sabdaan Nabi ^alay-his-salam kepada hamba perempuan: أين الله؟ lalu hamba perempuan itu berkata: في السماء kemudian Nabi tidak menginkari hamba perempuan, dan perkara yang semisalnya tidak berdasarkan zahirnya bahkan ia suatu yang boleh ditakwil dengan takwilan-takwilan yang benar yang sebenarnya telah dinyatakan oleh ramai ulama dalam kitab-kitab mereka. Dan sesungguhnya kami telah memuatkan bicara dalam masalah ini dalam kitab al-Asna fi Sharh Asma’ilLahil-Husna wa Sifatihil-^Ula di sisi firman-Nya: الرحمن على العرش استوى”. Intaha.

Al-Imam al-Qurtubi berkata lagi[2]:
ثم متبعوا المتشابه لا يخلو أن يتبعوه ويجمعوه طلبا للتشكيك في القرآن وإضلال العوام كما فعلته الزنادقة والقرامطة والطاعنون في القرآن، أو طلبا لاعتقاد ظواهر المتشابه كما فعلته لمجسمة الذين جمعوا ما في الكتاب والسنة مما يوهم ظاهره الجسمية حتى اعتقدوا أن الباري تعالى جسم مجسم وصورة مصورة وذات وجه وغير ذلك من يد وعين وجنب وإصبع تعالى الله عن ذلك علوا كبيرا... اهـ
Maknanya: “Kemudian para pengikut [ayat dan hadis] mutashabih tidak sunyi untuk mengikutnya dan menghimpunnya agar timbul syak terhadap al-Quran dan menyesatkan orang awam sebagaimana yang telah dilakukan oleh puak zindiq, qaramitah dan pencela al-Quran, atau [mengikutnya dan menghimpunnya] sebagai suatu tuntutan bagi pegangan dengan zahir mutashabih sebagaimana yang telah dilakukan oleh puak mujassimah yang telah menghimpun perkara-perkara yang ada di dalam al-Kitab [al-Quran] dan al-Sunnah yang terdiri daripada perkara yang mendatangkan waham kepada zahirnya yang bersifat jisim [kebendaan] sehingga mereka beriktikad bahawa [Allah] al-Bari ta^ala itu suatu jisim yang dijisimkan, suatu gambaran yang digambarkan dan berwajah dan selain itu yang terdiri daripada tangan, mata, lambung dan jari. Maha suci Allah dari perkara itu dengan setinggi-tingginya….”. Intaha.

Seterusnya al-Imam al-Qurtubi berkata[3]:
الأول: لا شك في كفرهم وأن حكم الله فيهم القتل من غير استتابة. الثاني: الصحيح القول بتكفيرهم، إذ لا فرق بينهم وبين عباد الأصنام والصور، ويستتابون فإن تابوا وإلا قتلوا كما يفعل بمن ارتد... اهـ
Maknanya: “Golongan pertama [puak zindik, qaramitah dan pencela al-Quran]: Tiada syak pada kekufuran mereka. Sesungguhnya hukum Allah kepada mereka ialah bunuh tanpa diminta bertaubat. Golongan kedua [puak mujassimah]: [pendapat yang] sahih ialah pendapat yang mentakfirkan mereka kerana tiada perbezaan di antara mereka dengan para penyembah berhala dan gambar dan mereka diminta bertaubat. Jika mereka bertaubat [maka tidak dibunuh] dan jika tidak [bertaubat] maka mereka dibunuh sebagaimana dilakukan kepada sesiapa yang telah murtad…”. Intaha.


[1] Al-Qurtubi, al-Tidhkar fi Afdalil-Adhkar, Maktabah Dar al-Bayan [Damsyik] – Dar al-Mu’ayyad [Ta’if], 1407 H, Cet. 3, hlm 22 – 23.
[2] Ibid, hlm. 309.
[3] Ibid.